Daisypath Anniversary tickers

Monday, 1 April 2013

*APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!*


Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Wednesday, 20 March 2013

AKU BENCI PADANYA


Aku benci padanya
Usah dihirau siapa gerangannya
Yang membuatkan jiwa terguris luka
Terhempas berkecai hingga terabur serpihan kehinaan
Baginya dialah yang mencengkam minda kedamaian
...Atau mungkin perhitungan pengalaman kian mendewasakan
Namun ramuan kekuasaan bukanlah kelonggaran untuk menjangkau batasan

Aku benci padanya
Insan yang hanya tahu menyelusuri nadi desakan
Insan yang hanya tahu mendaki segunung keegoan
Insan yang hanya tahu menghirup udara dingin yang mencemarkan lubuk perasaan
Insan yang hanya tahu mendengar bisikan hasutan yang sudah terdampar ketandusan
Insan yang hanya tahu bertaut pada dahanan keyakinan yang kerapuhan
Insan yang hanya tahu mengharapkan kemenangan daripada kerahan keterpaksaan
Insan yang hanya tahu hidup dalam kedapan jiwa yang tertekan

Aku benci padanya
Setiap kayuhan langkahnya adalah amarah
Acap kali ungkapannya penuh helah bermadah
Dalam kelembutan kata terkandung setitis bisa bernanah
Aku tidak mampu bertopengkan kepura-puraan
Demi harga sebuah penghormatan
Kini terhimpit kejelekan yang tidak lagi sanggup kutahan

Aku benci padanya
Gemarnya berbicara bermuka-muka
Ibarat gergaji dua belah
Lembut gigi dari lidah,
Tidakkah dia sedari?
Hanya kerananya seorang insan memendam luka merawat bisa
Hanya kerananya seorang insan hilang kesaksian merintih kesengsaraan
Hanya kerananya seorang insan terdampar di sudut kesepian, menjerit batinnya yang terseksa
Hanya kerananya dua insan terlerai ikatan kasih, rindu tersisih

Aku benci padanya
Entah mengapa kebencianku mengalir ke dalam lautan dendam yang tidak pernah kering
Sedangkan kebencian datangnya daripada iblis durjana
Yang ingin menghancurkan keturunan manusia
Aku telah tenggelam dek rasa kebencian yang mencemari keimanan yang rapuh
Akhirnya pandangan tohorku dapat mengakui hakikat
Bahawa tiap manusia bermain melodi berbeza di pentas dunia
Aku mula mengikis karat benci yang aku sulami
Agar aku mampu menikmati ketenangan abadi kurniaan Ilahi
Tangisan kebencianku berubah menjadi tangisan keinsafan…

Sunday, 3 February 2013

Rasa Cinta itu Anugerah Dari Mu...

Hati itu milik Mu ya Rabb,,
dan Engkau anugerahkan rasa ini dalam hatiku...
Rasa yang begitu hebat kurasakan sehinggakan mampu menjatuhkan aku...
Mampu menggoyah Iman seorang manusia yang lemah sepertiku....

Ya Rahimm,,sungguh aku mencintai nya...
Rasa yang datang dari lubuk hatiku untuk dia..
Ruangan yang tidak pernah aku buka kan pada siapa pun.
kecuali dia...

Ya Allah,, Astaghfirullah....
terlalu banyak dosa yang ku lakukan kepada Mu..
aku mencari cinta dan redha Mu ya Rahmann....

diri ini terlalu hina di sisi Mu...
Aku malu pada Mu Ya Allah...

Bertahun lamanya Engkau menganugerahkan rasa Cinta itu dalam diriku...
Engkau titipkan rasa kasih sayang ini untuk seorang insan yang ku kira adalah anugerah dari Mu..

Pertemuan yang tidak pernah ku jangka...
Pertemuan yang tidak pernah ku rancang....
Aku menyemai segala rasa ini buat dia....
Setiap hari ku sirami rasa itu dengan doa dan bacaan ayat Suci yang Kau berikan padaku...

Kini Ya Allah...
Aku di uji..
Di saat aku impikan sesuatu yang indah, Engkau menguji ku...

Kadang terasa sakit semua ini...
Namun ku sedar kehidupan dunia hanyalah sementara...

Aku di uji oleh Mu..
dan aku nampak akan kasih sayang Mu kepadaku..

kerana semua itu mengingatkan aku akan siapa penciptaku..
akan siapa pemilik setiap hati itu...
agar aku tidak ingkar akan perintahMu..

Ya Allah, sakit yang ku rasakan ini hanyalah azab di dunia ini...
Engkau tabahkan hatiku menghadapi semua ini ya Allah...

Ya Latiff,
Engkau buka kan lah sedikit pintu hatinya Dia untuk aku..
Tidak ku harapkan yang lebih daripada itu..
kerana aku ingin Engkau yang utama di hati nya dia...


Agar ku tahu, dirinya akan bahagia di akhirat kelak...

kadang-kadang aku buntu dengan ujian Mu ini...
justeru, kurniakanlah cahaya kepada ku.
berjalan di bawah sinaran cahaya hidayahMu..

Aku ingin berubah mencari kehidupan yang sebenar..
setelah sekian lama aku tenggelam di dalam arus dunia..
tenggelam di dalam kesedihan yang pernah ku rasakan...

Ya Allah, Ya Rahmann Ya Rahimm...
kurniakan aku sedikit kebahagiaan bersamanya..
di iringi dengan bimbingan agamaMu...

Andai aku rebah, aku tidak mahu terus terduduk,
mengenang luka itu..
aku ingin bangun Ya Allah..
menggapai kebahagiaan dan keredhaanMu....

Sesungguhnya, hati setiap manusia itu adalah milikmu...
justeru, aku hanya memohon hati dia menjadi pendamping kepada hatiku...

setelah Engkau menguji kami dengan pelbagai perkara ini ya Allah,,
saat ini, engkau kurniakanlah kebahagiaan buat kami...

Kebahagiaan yang kekal abadi..
Cinta itu adalah anugerah dari Mu..
dan ianya adalah milikmu...

semaikanlah rasa itu ya Allah...
titipkanlah rasa kasiha sayang dan cinta di dalam hati kami berdua ini...
agar hati kamu sentiasa bertaut..
satukanlah hati kami ya Allah....

Sesungguhnya cinta itu anugerah dari Mu.. aku hargainya dan akan ku jaga agar ianya kekal sampai syurga..

Layakkah Aku?


Subhanallah,, Astaghfirullahaladzim....

Ya Allah,, terlalu kerdil rasanya diriku ini...hamba mu ini adalah insan yang penuh dosa... insan yang sering melakukan kesilapan terhadapMu ya Tuhan...selama ini aku terlalu jauh daru Mu Ya Allah.... Aku hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa ini sekalipun aku mencuba untuk menjadi lebih baik.. aku bukanlah malaikat yang terlalu baik di sisi Mu ya Allah, Aku bimbang  Ya Allah,, tentang kehidupan ku ini.. Aku takut akan hari yang mendatang dalam hidupku.. aku lemah dalam meneruskan kehidupan seharian ku dengan keadaan diriku yang serba kekurangan ini.... aku takut dengan cacian,, hinaan manusia di sekelilingku lebih-lebih lagi penghinaan itu datang dari orang yg amat aku sayangi ... NAMUN,, aku lagi takut jika aku DIMURKAI olehMu... cukuplah ya Allah,, hanya Engkau di sisiku,, yang mengetahui setiap sesuatu perjalanan hidup ku ini.... hidup yang penuh duri yang harus aku rasai....sakitku ini hanya Engkau yg mengetahuinya... namun,, Engkau maha Pemurah dan Engkau yang Maha bijaksana,, kerana setiap ujian Mu itulah yang membawaku kembali ke jalan Mu... aku bersyukur padaMu ya Allah....
Layakkah aku ke syurga Mu bersama nya?

Dengan amalku terhadapMu yang tidak seberapa....dengan amalku yang belum tentu Engkau terima.....aku berasa malu dengan diriku sendiri...aku kecewa dengan diri ku sendiri...aku hina Ya Allah...namun ketahuilah setiap yang aku lakukan itulah yang aku mampu...Ya Allah....Ya Tuhanku,, sesungguhNya Engkau menciptakan manusia itu berpasang-pasangan.... Justeru,, aku perlukan seorang imam besar dalam hidupku...insan yang boleh memimpin aku bukan menghina aku sebegini  rupa...bukan penghinaaan ini aku ingin darinya...aku sedar diri aku siapa...Layakkah aku ke syurga Mu ?....aku tidak diminta untuk jadi sebegini...tidak layakkah aku untuk mendapat kasih sayang dari insan yang amat aku sayangi...tidak layakkah Ya Allah...tp aku tahu...apa yang terjadi tentu ada hikmah dariMu nanti....samada cepat @ lambat...hanya padaMu aku berserah....ya rabb,, layakkan aku miliki dia,, dia yang aku cintai itu sebagai yang halal untuk diriku seumur hidupku?

Sesungguhnya hati setiap manusia itu adalah milikMu.. dan aku hanya mampu bermohon kepadaMu.. aku hanya mampu mengharapkan Mu..kerana aku tahu,, Engkau pasti tidak akan mengecewakanku seperti yang telah Engkau janjikan...

Ya Allah,, aku ini banyak kurangNya..mampukah dia menerima ku, menerima kekuranganku,, sampai bila-bila.. Engkau jaga lah dia dan peliharalah dia untuk aku.. agar dapat dia menjadi seorang lelaki yang soleh dan dapat menjadi imam yang baik untukku setelah apa yang terjadi aku ketahui....dosanya padaku aku maafkan tapi melupakan apa yang dia lakukan kepadaku belum tentu aku dapat lenyapkan dalam hati aku yang telah hancur ini...hanya dengan KuasaMu Ya Allah dapat menetukan segalanya.

Aku cuma ingin bersamanya,, mendirikan sebuah masjid yang penuh dengan ajaran agama Mu dan Sunnah Rasulullah SAW... semoga ianya menjadi  pelengkap dalam hidupku... selain daripada mengelakkan maksiat yang kian berlaku di bumi Mu ini.. namun,, layakkah aku miliki dia ya Allah..? hanya doaku,, doa insan yang hina ini saja yang mampu aku pohon dariMu.. dan hanya Doa insan yang hina ini saja yang mampu aku titipkan untukmu insan yang ku cintai..

Mama, Baba & Mikael