1.
Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi
perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak
kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu,
betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk
melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk
memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan,
keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua
memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian
Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh
dipercepatkan dengan disiplin diri.
2.
Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni,
pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang
sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda
mengawal
3.
Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda
ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang
lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan
bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda
ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda.
Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa
syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam
sehari.
4.
Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati
dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar,
menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati).
Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di
minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih
dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun
Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu,
ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri
Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi
pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5.
Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar
ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton
video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan
yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa
secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa
sedangkan Anda boleh ketawa?
6.
Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang
boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran
kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk
manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun
perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa
nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia
memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang
baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan
Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk
jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang
lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7.
Hati Mesti ‘Keras’
Bukan keras sembarangan, maksudnya
kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima
hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan
macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan
Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga
sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain,
mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan
berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk
jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan
terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada
diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari
yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang
sebelumnya.
8.
Jangan lupa ALLAH
Ini yang paling penting,
perbanyakkan membaca qur’an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti
ada hikmah di sebaliknya.
— Ditulis oleh Tengku Fariduddindan diterbitkan pada 27 December 2012
