Assalamualaikum....
Nama aku NORHAMIMI BINTI MOHD NASIR...Nama ayah aku MOHD NASIR BIN ZAINUDDIN & nama mak aku ZAIDAH BINTI HUSAIN. Aku dilahirkan pada 22 Febuary 1983...so umur aku sekarng ni dh 29 thn....bermakna dah 29 thn aku bernafas di muka bumi Allah ni....Tempat lahir aku di Hospital Kuala Pilah ( hospital lama ) sekarang ni dikenali dengan nama Hospital Tuanku Ampuan Najihah...Aku anak sulung dari 5 orang adik beradik (4 perempuan 1 lelaki)...
1. NORHAMIMI BINTI MOHD NASIR - Kak Long
2. NORHAMIZATOL ALMA BINTI MOHD NASIR - Kak Ngah
3. NORHAMIRA BINTI MOHD NASIR - Abby @ Kak Lang
4. NORHAZWANI BINTI MOHD NASIR - Dik Wa @ Kak Wa
5. MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD NASIR - Haziq
Aku mula mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas Kg Air Hitam, NS . Sekolah rendah di SK Air Hitam, NS. ( sempat mengaji utk darjah 1 & 2 ) kemudian aku pindah sekolah kerana ayah & mak aku dah beli rumah di Tmn Desa Permai Juasseh, masih lg di NS. Nama sekolah rendah baharu aku tu ialah SK Pusat Juasseh....Kemudian meneruskan pengajian ke sekolah menengah di SM Batu Kikir....( ala klu korang pernah dengan lagu batu kikir jambatan bosi ) kt situ la sekolah aku...menamatkan pendidikan di SMBK sehingga tingkatan 3 kemudian berpindah ke SM Teknik Ampangan, Seremban, duk asrama ( sekejap je sbb aku selalu home sick ) kemudian aku belajar di SM Teknik Juasseh (betul2 sebelah rumah aku ) hahaha...aku x home sick lg.....Sewaktu SPM keputusan aku x berapa memberangsangkan cukup2 makan je so aku ditawar ke Program Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Jempol,KPTM ( lebih kurang politeknik je sistem pembelajaran dia dulu) nasib baik under government takde lah susah parent aku nk menanggung yuran pengajian aku kat kolej ni.....
Kalau nak diikutkan, otak aku boleh tahan gak....masa UPSR - 2A2B, PMR-1A7B, SPM ni kantoi sikit sbb aku banyak main, ponteng kelas, ponteng sekolah & lain2 lah...aku x salahkan kawan2 aku....(tujuk perasaan masa tu) sbb apa biarlah menjadi rahsia hidup aku....Tapi Tuhan masih sayangkan aku...DIA masih bg peluang utk aku merubah hidup aku semdiri...ketika di Kolej lah aku belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang baik...3.69 cgpa aku masa tu...kalau nak diikutkan aku sorang je yg leh dapat anugerah pengarah masa tu...tp sbb Kolej Komuniti baru beroperasi so masa konvo tak ada anugerah tu....aku nekad untuk sambung belajar lagi...Oleh kerana pelajar lepasan Kolej Komuniti boleh sambung belajar ke Politeknik aku cuba memohon untuk ke Politeknik....Alhamdulillah berjaya dalam program bridging ( kira pra diploma ) selama 6 bulan di Politeknik Ungku Omar (PUO),Ipoh Perak....tekad utk mendapatkan diploma akhirnya aku berjaya menyambung Diploma aku di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra Kedah. Banyak kan tempat aku menuntut ilmu....selagi terdaya aku akan terus belajar & belajar..Menuntut ilmu biar sampai ke negeri china....
Setelah menamatkan pengajian tanpa perlu menanam anggur (menganggur) aku telah pun ditawarkan kerja sebagai kakitangan kerajaan...tugas aku mendidik anak bangsa di tempat di mana aku mula-mula belajar setelah tamat SPM iaitu di KOLEJ KOMUNITI JEMPOL. Aku adalah seorang pensyarah....
Sekarang ni aku telah pun bergelar isteri kepada suamiku yang tercinta ABDUL GHAFFAR BIN ABU HASSAN ( sah bergelar isteri pada 09.07.2009 ) & mama kepada putera ku ARYAN MIKAEL BIN ABDUL GHAFFAR ( pada 20.04.2010 ).....Mereka berdua adalah KEKUATAN ku....
| Kami Family Bahagia & Ceria |
| Sayang sangat mama kt Ayran Mikael ni |
Tak ada apa2 yang menarik & special tentang aku cuma apa yang aku mampu katakan aku ni adalah seorang yang optimis dengan sesuatu kepunyaan aku...aku seorang yang agak kasar tapi dalam hati ada taman...sentiasa cuba untuk mengambil cabaran yang baharu....tidak mudah putus asa, sedikit sombong pada permulaannya tetapi akan menjadi peramah dan mudah bergaul bila dh kenal.....pencari harta & aset yang tegar...( bekalan untuk anak2 nnt ).....tidak suka menjadi diri sendiri & tidak suka org yg hipokrit....dan yang paling penting dalam hidup aku sekarang ni.....biarlah aku sahaja yang tahu....

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum,tengah cari pasal smk teknik tgk2 trjumpa blog ni ..wah seronok baca blog nii..saya aisyah,anak saya nak masuk teknik lepas exam pt3 nii tapi saya takut pulak lepasan teknik tak boleh pi u..hehe boleh tak terangkan sikit tentang smk teknik?anak saya pilih kejuruteraan awam dan sains pertanian..apa yang akan dia belajar?spm dia akan ambil subjek apa?harap sgt dpt membantu.Terima kasih banyak-banyak .
ReplyDelete