Assalamualaikum...
Syukur kehadrat ilahi kerana aku masih lagi diberi
nafas utk menjadi hambamu di muka bumi ini...
Detik demi detik, hari berganti hari, hingga bulan bertukar
bulan…telah mencoret & mencorakkan banyak cerita dalam hidup aku ini. Suka
duka menjadi warna & corak dalam kehidupan aku di tahun 2012
lepas…tapi biarlah semua itu menjadi kenangan yang terpahat di hati ini,
kenangan manis akan ku semat secantiknya dalan hatiku ni & menjadi kenangan
yang terindah selagi aku masih bernafas tetapi kenangan pahit kan akan aku
kuburkan dlm jiwaku ini, menghindari sejauh-jauhnya akan ku cuba tp melupakan
mungkin susah kerana ia telah menjadi parut yang memburukkan dalam hidup
aku…kini tahun baru telah menyambut aku…Alhamdulillah aku masih doberi
kesempatan untuk merasai kehidupan di tahun baru 2013 ini….tibalah masanya
untuk aku memperbaiki kegagalan supaya ia menjadi kejayaan, Akan aku buka
lembaran kisah baru dengan semangat dan keceriaan...SELAMAT TAHUN BARU 2013.
Doaku semoga Allah SWT mempelihara diriku & keluargaku agar KEBAHAGIAN,
KECERIAAN, KEJAYAAN & KESEMPURNAAN yang ingin dimiliki pada tahun 2013 ini
menjadi kenyataan…Amin

No comments:
Post a Comment